Subscribe by RSS RSS Icon
Follow me on Twitter Twitter Icon

LaB aNNuaL DiNNeR 2008 - MayangSari Resort, Dungun

Alhamdulillah Lab Annual Dinner 2008 berjaya dan selamat diadakan pada 10hb Jan 2009, terlewat lebih kurang seminggu lebih yang sepatutnya di adakan sebelum Dec tahun 2008.Takpe la, yg penting berjaya jugak walaupun masing2 sibuk ketika penghujung tahun 2008 dan awal 2009. Tema tahun ini adalah pakaian Batik Teganu kite...


Apapun, sekalung tahniah kepada AJK Lab Annual Dinner kita kerana dapat menjayakan majlis ini bertempat di Mayang Sari Resort, Dungun pada jam 8.30mlm - 11mlm.Seramai 23 ahli warga Lab datang memeriahkan majlis ini bersama isteri & anak-anak, serta anggota bujang. Cuma 5 orang sahaja warga Lab tidak dapat menghadiri Annual Dinner pada tahun ini, 3 orang bekerja Night shift from shift B - Awie, Zamaluv & Sarit, Reliability Group-MAY manakala Azizins berada di Danbury,Connecticut, USA belajar alat baru Lab,NMR bersama staf PTCD sorang, M Johari Akil, dengar kata dok tahan sejuk dinum dlm -3°C, tebeng lagi gi...huhuhu...beli dok lagi Levi's 501 selai..kalu dok beli, jangan balik bro, duk dinum terus..kawan ngan OBAMA.


Justeru, malam itu sungguh meriah sekali sambil makan2, diselangi dengan aktiviti berbual-bual sesama famili untuk mengeratkan silaturahim,acara cabutan bertuah serta anugerah diadakan untuk memberi perhargaaan kepada staff lab kita sepanjang tahun 2008.Antaranya adalah;


1. Anugerah Zero MC 2008 - Seramai 10 orang staff kita berjaya mengekalkan zero MC
terdiri daripada our boss, Nazri Mokhtar, Tn.Hj.Raziyun A Razak, Azizi Nasir,Adi Azihar
Harun, Nik Nerwan Nik Mod, Asyhan Hamzah, M Junaidi Ismail, M Sharif Muda, Tg M
Hamizan Tg Salim & M Khirulizuan Ahamd Zuki. Tahniah Bros....aduleeee. hebat tol
korang nie yaa. Shaduu & Iwanuden kena belajar nie ngan diorang...sihat sokmo sehh.


2. Anugerah ANAK-ANAK staff yang mendapat UPSR & PMR 2008 dengan cemerlang -
-2 orang anak Bos, sorang UPSR & sorang lagi PMR ( dua-dua lelaki ), sorang lagi anak perempuan sulung Adi Azihar UPSR dan sorang lagi anak kepada Awie UPSR jugak.
Memang hebat ayah dia ni, didik anak dapat cemerlang dlm peperiksaan macam ayah
dia jugak masa zaman sekolah dulu....aduleee.

3. Anugerah Lab Personality of the Year 2008 - Zamri Mohammad @ SoL cAmPSpuRs

4. Anugerah Staff Paling Kreatif/Proaktif - Adi Azihar Harun @ Eddi HuJahaN

5. Anugerah Couple of the Year 2008 - M Huzaimie M Noor @ Jimny 2.0 & tunangnya,sehh!( dengar kate nak nikoh mcm Mawi buat majlis resepsi bulan April ni doh, betol ke ni..amboi..amboi...amboi ).siap ada tema lagi, pakaian Koboi High Chapparal..aduleee

6. Anugerah Modified Car of the Year 2008 - Irwan Tarmizi Talib @ Iwanuden 1.8 ( dengar kate pecutan dinamik 1.8 ni mencecah dlm 240km/h rapat metar masa test kat jalan depan Mesramall..ye ke nie).

Apapun, nak tulis banyak lagi nie, tapi cukupla dulu setakat ni berkongsi cerita yaa, adulee.
se lagi adule, try byk kali doh, xleh masuk pics dlm nie, pics letak dlm sekeping dua je, xleh gok.



Thanks to all of you & famili yg terlibat di dalam Lab Annual Dinner 2008. Adios bro...




http://www.shoutmix.com/

Bowling @ Diman Bowl,KT






Assalamualaikum,...BOWLING...syok giler....pada 23hb Julai..rombongan dari kerteh diketuai oleh En.Nazri bersama awok2 seperti Haji Yun,panjang Jimmy...Lala (pelamin anganku musnah),sarit telah ke Diman Bowl di gong badak K.terengganu..,pawie,Iwan,Soul campbell dan cek wan sedia menanti kat sana coz diorg ada training kat sana...soul tempah 2 lane..nasib baik dia ayat power punya..dapat tempah...main punya main dari pukul 10 mlm sampai kul 2 pagi..kul barapa ntah diorg balik kerteh..dah la esoknyer keja pagi semuanya..ermm..memang bersemangat waja la....ada jugak yang ura2 nak masuk keja lambat nak bagi alasan kat bos nak antar anak2 skolah...tapi takleh..coz ada yang kantoikan kat bos dulu..hahahaha..sori ya bro...jangan mare..nasik dapat bos yang sporting...kan EN.Nazri kann?(sambil wat muka bodek)tapi memang malam tu happenning la..rupanya byk bakat terpendam ye...bos tak yah cakap la...asik strike...wakil oil business..abang soul.....lala ngan sarit lagi best....banyak giler masukk......tp masuk longkang...last2 g main bowling ngan awek lane sebelah plk....tetiba je..Hopefully xtvt bowling dapat diteruskan pas ni..kita tunggu bowling kat Mesra Mall plak...boleh buat tournament..adios

Gym Trainer







Berita baik untuk untuk mereka yang hendak body lebih katang..memandangkan ramai dari warga lab yang perutnye '"terlebih sudah"..beberapa org dari setiap shift dipilih untuk menjadi gym trainer..seperti pawie,sarip doll,jimie jiwang dan che wan dipertanggungjawabkan untuk menjadi trainer untuk warga lab yang ingin mengunakan gym pada watu ketiadaan trainer gym seperti ujang..contohnya pada waktu malam...setelah training tersebut Mr.heavyweight kita iaitu abang chewan boleh dikatakan tiap2 malam ke gym...so sapa nak joint boleh la bgtau abg wan kita...sama2 la kita membuang lemak yang ada..

Kejohanan Paintball 2008





LRSC telah mengantar wakil untuk kejohanan Paintball 2008 yang berlangsung pada 28hb Jun 2008 di extream paintball,dungun...Mr Big selaku ketua kumpulan dengan menggunakan nama pasukan LRSCMARINE..seramai 5 orang dalam satu kumpulan...Mr big ,Adi,Azmi Nor sebagai simpanan ( AJER?kesiann..nampak sgt tak pandai main) dengan pemain jemputan dari Marin iaitu M.Zain ibrahim dan cik yun selaku jurugambar (takut kena tembak la tu)..kira boleh dibanggakan...pasukan dapat masuk semifinal dan dapat tempat ke 6 dari 10 pasukan...hadiah berupa hamper...anyway tahniah untuk pemain paintball kita..mana la tahu pas ni boleh plak kita propose untuk dapat jersi n peralatan untuk paintball ngan PPTSB..majulah sukan untuk LRSC

Kak Su Meninggalkan Lab


06 Mei 2008...satu majlis perpisahan untuk kak su telah diadakan bagi menghargai beliau hampir setahun sebagai kerani teknikal di Lab..ini kerana kontrak beliau telah ditamatkan oleh pihak pengurusan...tempat kak su telah digantikan oleh puan suhana...kak su..terima kasih banyak2..maafkan salah silap kami warga lab sepanjang perkhidmatan kak su disini..
 
Copyright Info.

Nulla enim nibh, conse ctetuer sed, vesti bulum eleme ntum, sagittis nec, diam. Mauris blan dit vehi cula neque. Read More

XHTML/CSS validations
Valid XHTML 1.0 Transitional Valid CSS!